Hai semua ! Selamat Datang ke blog Aiman....Aiman harap semua suka dengan blog Aiman...Enjoy !

Saturday, 31 December 2011

Selamat Tahun Baru..2012.!.

Hai semua, selamat tahun baru kepada semua..dengan tibanya tahun baru semestinya saya ada azam yang baru untuk belajar sebagai pelajar tingkatan 2 di SMK Bandar tasek mutiara...dari situ saya ramai kawan baru..dan tahun yang lalu tidak akan dilupakan sebagai kenangan yang terindah....enjoy our new life in 2012...

Friday, 23 December 2011

Bercuti di ibu negara KUALA LUMPUR.!.

Kiteorang prgi KL kali ini dengan flight je..sampai tu kite duduk di rmh maklong kiteorang..

Kali ini saya balik KL je... pada malam isnin, saya pergi i-city Shah Alam.Dekat situ kiteorang prgi masuk snowwalk..sejuk tapi seronok and enjoy..

Esoknya, kami prgi BERJAYA TIMES SQURE, Theme park..bayar mahal tapi berbaloi...mcm-mcm ade...ok..

Tuesday, 6 December 2011

Hebatnya Tarian Tradisional.!.

Pada hari itu, saya balik kampung bersama keluarga..tiba di sana saya dan keluarga terus pergi ke sebuah kenduri yang terletak tidak jauh dari situ..setiba saya di situ..saya melihat persembahan tradisional..seperti silat melayu dan lain2..wah..betapa meriah kenduri disana.

Selain itu, ada juga pelbagai tarian yang dipersembahkan..jadi itulah dinamakan kenduri yang paling indah...

Cuti Sekolah Kembali..

Hai semua, saya rasa dah lama juga saya tak aktifkan blog..tapi, cuti sekolah ini saya ada banyak cerita menarik nak dikongsi dengan semua..jadi jangan ketinggalan..ok..

Friday, 19 August 2011

Sambutan Merdeka & Hari Raya Aidilfitri..

Pada 31 Ogos ini, tibanya hari merdeka iaitu hari kebebasan rakyat Malaysia daripada jajahan orang luar..dan juga merupakan hari raya puasa atau aidilfitri bagi bangsa Melayu di negara Malaysia..dengarlah serangkap pantun sempena hari merdeka dan juga hari raya aidilfitri..         

Cincin disarung hati berdebar;                
Jarinan lembut wajah terhias,              
Ramadan disambut penuh sabar;           
Aidilfitri disambut dengan meriah.          

Jalur Gemilang menjadi kebanggaan;
Negara merdeka rakyat sejahtera,   
Sentiasa berbaik sesama insan;
Menjadi insan cintakan negara.

My Malaysian Idol..

                                                                          Uncle Aznil                               
                                                                 
Ini saya punya idola di Malaysia. Beliau telah lama di dalam karya seni sejak dari 1990. Beliau juga telah mengharumkan nama negara serta menjadi pengacara no.1 di Malaysia. Beliau telah banyak mendapat anugerah dalam industri seni tanah air. Saya juga bangga menjadi rakyat Malaysia...

Thursday, 4 August 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.!.

Hai semua, kita jumpa lagi tapi kali ini dalam bulan puasa..SELAMAT BERPUASA. Semua puasa tak ni? Kalau semua puasa bagus la. Bulan puasa ni kena banyak bersabar dan membuat banyak 
amal ibadat bagi yang muslim. Jadi saya nak puasa penuh dan tak tinggal solat terawih.         




                                            SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.!.            

Saturday, 30 July 2011

Majlis Anugerah Kecemerlang Pelajar..(MAKEP)

Hari ini, SMK BANDAR TASEK MUTIARA mengadakan majlis anugerah di dewan sekolah dan pasukan pengakap sekolah dijemput untuk membuat persembahan atas kejohanan Kempori Pengakap KE-17..sorry la tak dapat nak tunjuk video persembahan kami.

Kursus ketua patrol.!.

Pada 22 hingga 24, saya telah mengikuti kursus ketua patrol di SMK MACHANG BUBOK bersama dengan 7 orang kawan/ ketua patrol yg lain mewakili SMK BANDAR TASEK MUTIARA. Di sana juga, saya dapat belajar banyak tentang ilmu pengakap ini dan sekarang saya menjadi seorang ketua patrol di sekolah saya sendiri...

Monday, 18 July 2011

Teman Setia..

Saya mempunyai seorang kawan yang paling rapat semasa di sekolah rendah dan juga sekolah menengah..dia, Irfan,13 thn. Dia ialah seorang yang baik di pandang rakan2 dan masyarakat..bagi saya dia ialah kawan, adik beradik dan sebagainya..kenangan saya bersama dia tidak ku lupakan ..sampai bila2..


salam buat rakan di sana..ok.bye2.!.

Kempori Pengakap KE-17.!.

Hari pertama, saya dan pengakap kumpulan 52 yang lain tiba di SK BAKAP INDAH dan terus mendirikan khemah seterusnya membuat gajet-gajet perkhemahan. Dan juga, pertandingan ikatan 
dan simpulan dan pertandingan persembahan malam kebudayaan pada malam pertama.


Hari kedua, pagi pagi lagi ada pertandingan sediakan sarapan dan petang itu pertandingan kawad tongkat. 


Hari ketiga, hari terakhir ada pertandingan gajet dan campsite terbersih..tapi tidak ku sangka..sekolah saya iaitu kumpulan 52 telah dapat johan keseluruhan dan pertandingan sediakan sarapan dan persembahan malam kebudayaan telah mendapat johan juga..


walaubagaimana pun, usaha kami telah memperoleh kejayaan..
ok..bye2..salam pengakap.

Friday, 8 July 2011

Ujian Kebakaran di Sekolah.!.

Hari ini, ada ujian kebakaran di sekolah..selalunya kalau ada uijian kebakaran mesti loceng sekolah akan bunyi panjang. Dan hari ini juga, ada sepasukan ahli bomba datang di sekolah kami untuk buat demo kebakaran bersama dengan semua warga SMK BTM..

Sunday, 3 July 2011

Tentang Cita-citaKU.!.


DUNIA AWAN BIRU...

SEORANG JURUTERBANG


SEORANG PRAMUGARA & PRAMUGARI

 SEBUAH SYARIKAT AIRLINES...

Saturday, 2 July 2011

Hari Kejohanan Sukan Sekolah dan Larian 1M 1S 1M.!.

HARI INI, hari kejohanan sukan sekolah 2011 di stadium negeri pulau pinang bagi SMK BANDAR TASEK MUTIARA..dalam kejohanan sukan tersebut, saya telah mengambil bahagian dalam acara larian 4kali 400 dan 4kali 100..mendapat tempat yang ketiga. Dan pada hari yang sama, larian 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA..larian tersebut  disertai pelajar-pelajar pembarisan kejohanan sukan SMK BTM yang telah dirasmikan oleh PPD pelajaran daerah seberang perai selatan di sekitar taman perumahan di kawasan sekolah. sampai jumpa lagi.!.

Friday, 24 June 2011

BerPengakap.!.

Saya sudah empat tahun berpengakap di sekolah. Tahun ini nak masuk tahun yang ke empat..selama saya berpengakap ini banyak pengalaman yang saya ketahui. Tahun ini juga saya menyambung berpengakap di SMK BANDAR TASEK MUTIARA..dan baru belajar pelbagai kawad asas pengakap seperti kawad kaki dan kawad tongkat. Dan tahun ini juga saya mewakili sekolah untuk ke kempori pengakap peringkat daerah Nibong Tebal 2011 di SK BAKAP INDAH pada 15 julai nanti...ok.!.

Sunday, 19 June 2011

SEKOLAH..

Saya sekolah di SMK BANDAR TASEK MUTIARA, Simpang Ampat..Pulau Pinang. Sebelum ini, saya sekolah di SK BANDAR TASEK MUTIARA tahun 2010 iaitu pada tahun saya mengambil UPSR sekolah rendah. Pada tahun ini, saya baru junior sekolah..boleh tahan juga pencapaian sekolah saya sebelum ini. Disinilah, tempat saya untuk menimba ilmu dan pengetahuan sehingga PMR..

Saturday, 18 June 2011

HOBI...

Saya memang ada hobi tapi banyak sangat kalau nak diceritakan..diantara banyak-banyak hobi saya, saya suka mengumpul keychain/keyring, setem dan barang-barang lama. Selain itu, ada juga melukis, berenang, berkhemah dan main game..ok.!.

CITA-CITAKU.!.

Kali ni saya akan cerita tentang cita-cita saya sebelum ini..ada yang nak jadi pereka fesyen, pelukis dan juruterbang. Dan sebenarnya ialah juruterbang kerana dari kecil lagi saya teringin nak bawa kapal terbang..terbang jauh-jauh dari rumah saya. Apa-apa pun saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat kejar cita-cita saya itu... 

Friday, 17 June 2011

Hai semua..

Hai semua..sorry la tak post sebelum ni..semenjak blog ni dah siap..saya sibuk sikit sebelum ni, jadi lepas ni saya akan menghadap blog ni terus menerus..ok!

Friday, 10 June 2011

Selamat Datang!

Selamat Datang kepada semua yang sudi singgah ke blog saya..saya harap semua enjoy..ok!

Wednesday, 8 June 2011