Friday, 24 June 2011
BerPengakap.!.
Saya sudah empat tahun berpengakap di sekolah. Tahun ini nak masuk tahun yang ke empat..selama saya berpengakap ini banyak pengalaman yang saya ketahui. Tahun ini juga saya menyambung berpengakap di SMK BANDAR TASEK MUTIARA..dan baru belajar pelbagai kawad asas pengakap seperti kawad kaki dan kawad tongkat. Dan tahun ini juga saya mewakili sekolah untuk ke kempori pengakap peringkat daerah Nibong Tebal 2011 di SK BAKAP INDAH pada 15 julai nanti...ok.!.
Sunday, 19 June 2011
SEKOLAH..
Saya sekolah di SMK BANDAR TASEK MUTIARA, Simpang Ampat..Pulau Pinang. Sebelum ini, saya sekolah di SK BANDAR TASEK MUTIARA tahun 2010 iaitu pada tahun saya mengambil UPSR sekolah rendah. Pada tahun ini, saya baru junior sekolah..boleh tahan juga pencapaian sekolah saya sebelum ini. Disinilah, tempat saya untuk menimba ilmu dan pengetahuan sehingga PMR..
Saturday, 18 June 2011
HOBI...
Saya memang ada hobi tapi banyak sangat kalau nak diceritakan..diantara banyak-banyak hobi saya, saya suka mengumpul keychain/keyring, setem dan barang-barang lama. Selain itu, ada juga melukis, berenang, berkhemah dan main game..ok.!.
CITA-CITAKU.!.
Kali ni saya akan cerita tentang cita-cita saya sebelum ini..ada yang nak jadi pereka fesyen, pelukis dan juruterbang. Dan sebenarnya ialah juruterbang kerana dari kecil lagi saya teringin nak bawa kapal terbang..terbang jauh-jauh dari rumah saya. Apa-apa pun saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat kejar cita-cita saya itu...
Friday, 17 June 2011
Hai semua..
Hai semua..sorry la tak post sebelum ni..semenjak blog ni dah siap..saya sibuk sikit sebelum ni, jadi lepas ni saya akan menghadap blog ni terus menerus..ok!
Friday, 10 June 2011
Selamat Datang!
Selamat Datang kepada semua yang sudi singgah ke blog saya..saya harap semua enjoy..ok!
Wednesday, 8 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)